Page 4 - PELAN BISNES JKR SELANGOR FLIP style LATEST update
P. 4
PELAN BISNES JKR SELANGOR 2021-2025
PELAN BISNES JKR 2021 - 2025
5
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Bisnes JKR 2021-2025 merupakan satu dokumen yang memperincikan perancangan bisnes
Jabatan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang bagi memantau dan menilai pengurusan
prestasi setiap Cawangan, Negeri, Wilayah Persekutuan dan Pasukan Projek Khas yang berada di
bawah JKR.
Dokumen ini dibangunkan berpandukan kepada Pelan Strategik JKR 2021-2025 sebagai rujukan
utama bagi memastikan hala tuju dan bidang fokus adalah sejajar dengan Visi dan Misi Jabatan.
Pelan Bisnes JKR 2021-2025 perlu dibaca bersekali dengan Pelan Strategik JKR 2021-2025 bagi
memastikan penyediaan pelan tindakan selanjutnya adalah lebih komprehensif dan dapat
dikembangkan mengikut keperluan fungsi utama Cawangan, Negeri, Wilayah Persekutuan dan
Pasukan Projek Khas.
Pelan Bisnes JKR 2021-2025 bukan sahaja menjadi penanda aras kepada Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) Pengurusan Tertinggi malah kepada semua Pengarah Kanan dan Pengarah di Cawangan,
Negeri dan Pasukan Projek Khas. Komitmen serta kerjasama seluruh warga JKR dalam menjayakan
Pelan Bisnes JKR 2021-2025 merupakan asas kepada kejayaan dan kecemerlangan prestasi pelan
strategik ke tahap yang lebih tinggi.