Page 28 - MDT OSC Bil 3
P. 28

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 02/2022 (10.02.2022)




                                              viii.  AKSB. – Tiada halangan.
                                               ix.  TNB. – Tiada halangan.

                  KEPUTUSAN MESYUARAT           TOLAK
                                                Mesyuarat  memutuskan  untuk  tidak  mempertimbangkan
                                                permohonan ini dan bersetuju untuk menolak permohonann ini
                                                kerana:

                                                  i.   Cadangan  keluasan  petak  2  bagi  kediaman  adalah  tidak
                                                       mematuhi syarat minima keluasan yang diperlukan bagi
                                                       rumah sesebuah sebagaimana Manual Garis Panduan Dan
                                                       Piawaian  Perancangan  Negeri  Kelantan  sebagaimana
                                                       ulasan daripada PLANMalaysia@Kelantan; dan
                                                  ii.   Ini juga turut dipersetujui oleh Pejabat Tanah dan Galian
                                                       Negeri Kelantan sebagaimana ulasan yang berpandangan,
                                                       bentuk  dan  keluasan  petak  2  adalah  tidak  sesuai  bagi
                                                       cadangan  kediaman  dan  ianya  bertentangan  dengan
                                                       peruntukan  subseksyen  136(1),  Kanun  Tanah  Negara
                                                       1965  (Akta  56)  berkaitan  syarat-syarat  untuk  kelulusan
                                                       pecah sempadan.

                                                Namun  begitu,  pemohon  boleh  mengemukakan  rayuan  kepada
                                                Lembaga  Rayuan  Negeri  sekiranya  tidak  berpuas  hati  dengan
                                                cadangan ini dan rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh
                                                30 hari dari tarikh sijil C2 (Penolakan KM) dikemukakan.


                 4.3  Pertimbangan permohonan permohonan pelan sementara


                  BIL KERTAS                    21/02/2022
                  PERMOHONAN                    Cadangan  Membina  Dan  Menyiapkan  1  Unit  Rumah  Kediaman
                                                (Batu)  1  Tingkat  Di  Atas  Lot  PT  613  (Lot  3257),  Mukim
                                                Chenderong Batu, Daerah Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat, Kelantan.

                  RUJUKAN                       MDT D582 (07) 673/1/2/001/2022
                  PEMOHON                       ROGAYAH BINTI IBRAHIM.
                  ULASAN JABATAN TEKNIKAL  i.  Bahagian Perancangan dan Bangunan MDT.
                                                     BPK 4.3 Chabang Empat Zoning Kediaman.
                                                     Kedudukan     bangunan  memenuhi  syarat  teknikal
                                                       bangunan dari segi anjakan.
                                                     Jalan keluar masuk melalui simpanan jalan sedia ada.

                                                ii.  Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan MDT
                                                     Pemohon  perlu  mengemukakan  bayaran  Infrastruktur
                                                       sebanyak  RM3,050.00  ATAU  mengemukakan  Surat  Aku
                                                       Janji dan pelan pindaan dengan menunjukkan jadual kerja


                                                             24
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33