Page 7 - MDT OSC Bil 3
P. 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 02/2022 (10.02.2022)




                AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA OSC BIL.1/2022

                Minit  Mesyuarat  Jawatankuasa  OSC  Bil.1/2022  yang  bersidang  pada  26hb  Januari  2022
                dicadangkan oleh YBrs. En. Ab Razak bin Hassan dan disokong oleh YM Hj. Tengku Yusof bin Tengku
                Ismail dengan pindaan minit melibatkan pembetulan di muka surat 1 dan muka surat 34 bagi tarikh
                mesyuarat 26hb Januari 2021 kepada 26hb Januari 2022

                AGENDA  3  :  PERBINCANGAN  PERKARA  BERBANGKIT  (PERMOHONAN  PEMBATALAN
                KELULUSAN PERMOHONAN OLEH PEMOHON)

                Permohonan  pembatalan  kelulusan  ini  melibatkan  Cadangan  Membina  Dan  Menyiapkan  8  Unit
                Rumah Teres (Batu) 2 Tingkat Di Atas Lot Pt 1359 Hingga PT 1366, Mukim Bechah Resak, Daerah
                Terbok,  Jajahan  Tumpat,  Kelantan  oleh  Wee  Ku  Wing  (No.  Fail:  MDT  D582  (07)
                673/1/1/287/2018).

                Pihak urusetia telah berhubung dengan pemaju bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara
                ini. Berdasarkan maklumat yang diterima, di dapati pemaju masih belum menyerahkan Borang B
                (Borang Mula Kerja) selepas kelulusan dikeluarkan dan tiada kerja-kerja dijalankan sebagaimana
                yang dinyatakan di dalam surat asal. Selain itu, semakan terhadap sijil kelulusan permohonan ini
                mendapati ianya telah tamat tempoh luput sebagaimana surat kelulusan terdahulu dikeluarkan.

                Justeru, disyorkan supaya permohonan ini dilihat di bawah peruntukan subseksyen 24(1), Akta
                Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkaitan luputnya kebenaran merancang (KM) jika
                pemajuan  belum  dimulakan  dalam  tempoh  yang  ditentukan  dan  pihak  MDT  tidak  perlu
                menggunapakai peruntukan seksyen 25, Akta 172 berkaitan pembatalan dan pengubahsuaian KM
                kerana  tiada  notifikasi  mula  kerja  disertakan  melalui  Borang  B.  Dicadangkan  tiada  pelanjutan
                kelulusan  tempoh  KM  diberikan  sekaligus  menyebabkan  kelulusan  terdahulu  tidak  boleh
                diteruskan lagi kerana telah tamat tempoh.

                Mesyuarat  bersetuju untuk  tidak melanjutkan  permohonan  kelulusan  yang  telah  tamat  tempoh
                sebagaimana  peruntukan  subseksyen  24(1),  Akta  172.  Mesyuarat  juga  bersetuju  supaya
                pemulangan  deposit  yang  telah  dibuat  dan  bayaran  baharu  akan  dikenakan  bagi  permohonan
                baharu yang dikemukakan kelak.















                                                              3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12