Page 19 - MJK OSC Bil.7.2022
P. 19
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 06/2022 (27.04.2022)
KEPUTUSAN MESYUARAT LULUS DENGAN PINDAAN PELAN
Pemohon perlu mengemukakan pelan pindaan dengan memenuhi
syarat anjakan hadapan sekurang-kurangnya 15’0” dan kiri 10’0”.
(NOTA:
i. Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat tambahan tingkat bagi
rumah teres.
ii. Pemohon perlu memastikan kerja tanah dan pembinaan
bangunan tidak menimbulkan kacauganggu terhadap saliran,
jalan, longkang dan lot individu.
iii. Pemohon perlu memastikan kerja tanah dan pembinaan
bangunan tidak merosakkan jalan dan longkang sedia ada.
iv. Kerja tanah dan pembinaan bangunan hanya dibenarkan
menggunakan kenderaan tidak melebihi 8 tan).
BIL KERTAS 13/06/2022
PERMOHONAN Cadangan Membina Dan Menyiapkan 1 Unit Kedai Pejabat (Batu)
3 Tingkat Di Atas Lot 4938, Mukim Morak, Daerah Kebakat,
Jajahan Tumpat, Kelantan.
RUJUKAN MDT D582 (07) 673/1/1/110/2022
PEMOHON TIU POO LAM.
ULASAN JABATAN i. Bahagian Perancangan dan Bangunan MDT.
TEKNIKAL BPK 2.6 Wakaf Bharu Zoning Kediaman.
Kedudukan bangunan tidak memenuhi syarat teknikal
bangunan dari segi anjakan belakang dan kiri 10’0”, kanan
16’0”.
Jalan keluar masuk melalui jalan JKR.
ii. Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan MDT.
Pemohon perlu mengemukakan bayaran kerja tanah
sebanyak RM160.00.
Pemohon perlu mengemukakan bayaran Infrastruktur
sebanyak RM3,050.00 ATAU mengemukakan Surat Aku
Janji dan perlu memastikan pembinaan longkang dan
sump sebagaimana cadangan pelan.
Pemohon perlu memastikan kerja tanah dan pembinaan
bangunan tidak menimbulkan kacauganggu terhadap
saliran, jalan, longkang dan lot individu.
Pemohon perlu memastikan kerja tanah dan pembinaan
bangunan tidak merosakkan jalan dan longkang sedia ada.
KEPUTUSAN MESYUARAT LULUS DENGAN PINDAAN PELAN
Pemohon perlu mematuhi perkara-perkara seperti berikut:
i. Mengemukakan pelan pindaan dengan menunjukkan tempat
letak kereta (TLK) yang mencukupi 12 petak dan TLM 7
petak;
15