Page 67 - MDT OSC.2
P. 67
MESYUARAT JAWATANKUASA ONE STOP CENTER BIL.02/2022
Bil. Kertas : 26/02/2022
PELAN KERJA TANAH DAN INFRASTRUKTUR BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI
CADANGAN PELAN SUSUNATUR UNTUK PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI ATAS TANAH SELUAS 0.584
HA, LOT 1201 DAN 1204, MUKIM BECHAH RESAK, DAERAH TERBOK, JAJAHAN TUMPAT, KELANTAN.
Untuk TETUAN : HANAFEE BIN YUSOFF.
(PT 30, Kg. Hutan Jambu, Palekbang, 16040 Tumpat, Kelantan.)
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Tarikh Permohonan Diterima : 30.11.2021
1.2 No. Fail : MDT D582 (07) 673/3/1/021/2021
1.3 Pemilik / Pemaju : HANAFEE BIN YUSOFF.
1.4 Jururancang/ Pelukis Pelan : KS CONSULTING ENGINEERS SDN. BHD.
(JURUTERA PROFESIONAL : C 112660)
1.5 Lokasi - No. Lot : Lot 1201 & 1204
1.6 Luas Tapak : 5,840 m². Isipadu : 3,504 m³.
1.7 Bayaran Proses : RM 100.00.
2.0 ULASAN JABATAN/AGENSI TEKNIKAL DALAMAN DAN LUARAN
Jabatan / Agensi Ulasan
Agensi / Jabatan Dalaman
Unit Kejuruteraan & Pembangunan -Pemohon perlu mengemukakan Borang B (Notis memulakan Kerja-kerja
Tanah).
-Pemohon perlu bertanggungjawab memastikan kerja-kerja tanah dan
infrastruktur tidak menimbulkan kacau ganggu kepada pemilik lot
bersebelahan dan laluan awam.
-Aliran air dari tapak bina dialirkan ke simpanan saliran sediada.
-Memastikan papan tanda keselamatan dipasang semasa kerja tanah
dijalankan sepanjang jalan yang bersempadanan dengan jalan JKR.
-Kerja tanah hendaklah kurang 6” dari jalan sediada/jalan JKR.
-Memastikan tidak ada kacau ganggu kekotoran di atas jalan awam (jalan JKR)
sepanjang kerja-kerja tanah dijalankan.
-Mematuhi Undang-undang Kecil Kerja Tanah Majlis Daerah Tumpat 1998.
-Pemohon perlu memastikan pembinaan jalan dan longkang sebagaimana
kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Infrastruktur.
-Membayar fee kerja tanah sebanyak RM 550.00.
-Membayar kerja infra (lampu jalan) sebanyak RM 1,820.00.
-Membayar deposit penyelenggaraan jalan sebanyak RM 15,000.00.
Agensi / Jabatan Luaran
JKR -Tiada halangan.
AKSB -Ulasan belum diterima.
JPS -Tiada halangan.
3.0 KEPUTUSAN MESYUARAT
Lulus Tolak Lulus dengan pindaan pelan
26