Page 7 - MDT OSC.2
P. 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 01/2022 (26.01.2022)




                AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
                Pengerusi  memulakan  mesyuarat  dengan  ucapan  salam  dan  bacaan  Surah  Al-  Fatihah.  Beliau
                mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan
                satu (1) bagi tahun 2022. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini merupakan mesyuarat
                kali pertama diadakan pada tahun 2022.


                AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA OSC BIL.21/2021

                Minit  Mesyuarat  Jawatankuasa  OSC  Bil.21/2021  yang  bersidang  pada  22hb  Disember  2021
                dicadangkan oleh YBrs. Shalah Huddin bin Che Husin dan disokong oleh YM Hj. Tengku Yusof bin
                Tengku Ismail.


                AGENDA 3 : PERBINCANGAN PERKARA BERBANGKIT

                Pelan Pindaan Bagi 1 Unit Rumah Kediaman 2 Tingkat Kepada 1 Unit Rumah Tumpangan 3 Tingkat
                Di Atas Lot 800, Mukim Pasir Pekan, Daerah Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat, Kelantan.

                Ulasan teknikal bagi permohonan ini adalah sebagaimana berikut:


                   i.   Semakan  dengan  Pejabat  Tanah  dan  Jajahan  Tumpat  mendapati  terdapat  laluan  keluar
                        masuk  yang  sah  (ROW)  melalui  lot  799  dan  telah  mengesahkan  laluan  tersebut  boleh
                        digunakan sebagai laluan keluar amsuk; dan
                  ii.   Manakala,  berkaitan  isu  cadangan  laluan  didapati  melalui  tanah  milik  Tenaga  Nasional
                        Berhad  (TNB),    semakan  melalui  pelan  surih  yang  disertakan  mendapati  laluan  keluar
                        masuk yang dicadangkan tidak melalui lot milik TNB, sebaliknya terletak di atas sempadan
                        lot  sahaja,  Justeru,  isu  berkaitan  laluan  keluar  masuk  melalui  tanah  milik  TNB  adalah
                        dianggap selesai.

                Justeru mesyuarat memutuskan tiada halangan untuk mempertimbangkan kelulusan ini dengan
                syarat pemohon perlu mematuhi keperluan teknikal lain iaiu mengemukakan pelan pindaan dengan
                menunjukkan air buang bangunan ke centralize soakway pit.

















                                                              3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12