Page 118 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 118
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
12.0 INSTITUT SUMBER MARIN ASIA TENGGARA (ISMAT)
12.1 Program Penyelidikan Serantau
12.1.1 Fisheries Management Strategies for Pelagic Fish Resources in the
Southeast Asian Region
Pelaksanaan projek ini bermula tahun 2020 dan akan tamat pada 2024 dengan objetif utama ialah untuk
menilai sumber ikan pelagik di rantau Asia Tenggara untuk mewujudkan strategi pengurusan yang mampan.
Terdapat 4 aktiviti utama dan 2 penerbitan pada tahun 2023.
Penilaian stok dan penilaian risiko untuk ikan pelagik kecil di rantau Asia Tenggara
• Data pendaratan bagi tiga spesies ikan pelagik (Rastrelliger kanagurta, R. brachysoma, and
Decapterus spp.) daripada negara anggota SEAFDEC yang terlibat telah dikumpul dan
diseragamkan bagi tujuan analisa.
Penilaian stok dan penilaian risiko untuk spesies tuna neritik utama di rantau Asia
Tenggara
• Bengkel pentaksiran stok dan risiko bagi dua spesies ikan mirip tuna diadakan pada 11-15 Disember
2023.
Penentuan struktur stok tuna neritik spesies Euthynnus affinis di rantau Asia Tenggara
• Hasil daripada 430 spesimen yang telah dianalisa mencadangkan spesies ini mer-
upakan populasi stok tunggal di Asia Tenggara.
Kajian sejarah hidup tuna neritik spesies Euthynnus affinis di rantau Asia Tenggara
• Sebanyak 558 sampel daripada 669 sampel yang terkumpul di kawasan timur laut
Semenanjung Malaysia telah dianalisa bagi menentukan struktur umur populasi
spesies ini. Anggaran umur adalah antara 1-7 tahun.
116