Page 37 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 37
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Syarikat mempunyai kilang pemprosesan ikan, fasiliti pembuangan tulang, bilik sejuk beku, dan tempat
pembungkusan produk. Ikan beku boleh digunakan sehingga dua tahun dengan kaedah penyimpanan yang
betul. Kos utama dalam operasi penternakan ikan susu adalah makanan ikan (65%) dan bil elektrik (15%).
Penggunaan teknologi dalam pengurusan kolam seperti PE lining dan auto-feeder telah membantu
meningkatkan efisiensi operasi ladang. Manakala proses penuaian ikan adalah menggunakan jentera dan
proses pengasingan saiz ikan adalah menggunakan mesin.
Pengeluaran syarikat pada tahun 2022 adalah sebanyak 3,000 tm ikan susu dengan pasaran eksport serta
pasaran tempatan masing-masing adalah sebanyak 50% bernilai RM39 juta.
4.3 Internet of Things (IOT) Dalam Projek Ternakan Udang Putih, Penaeus
vannamei
Syarikat Market Boy Marketing mengaplikasikan Internet of Things (IOT) dalam projek ternakan udang putih,
Penaeus vannamei. Syarikat beroperasi di Kawasan Perindustrian Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur
dan merupakan satu-satunya pengusaha akuakultur yang menjalankan aktiviti ternakan udang putih,
Penaeus vannamei secara super intensive menggunakan sistem Re-circulating Aquaculture System (RAS)
di dalam bangunan.
Encik Tan Wee Kiat @ Tommy Tan, berumur 36 tahun merupakan penternak dari golongan belia yang
gigih mengusahakan aktiviti akuakultur. Minat dan usaha telah mendorong beliau mengusahakan bekas
kilang plastik bapanya dengan ternakan udang putih. Beliau bukan sahaja menceburkan diri dalam aktiviti
akuakultur malah berani mengaplikasikan teknologi terkini yang ada dalam industri ini.
Encik Tommy Tan, pemilik Syarikat Marketboy Sistem ternakan dilengkapi auto-feeder untuk
meningkatkan kecekapan pemberian makanan
Udang putih di dalam tangki ternakan Udang putih di dalam tangki
ternakan
35