Page 8 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 8

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERIKANAN


            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
            Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
            dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Perikanan Malaysia dan semua pihak
            yang  telah  menyokong dan  bekerjasama  sepanjang  tahun  2023.  Alhamdulillah,  kita  telah
            melalui tahun ini dengan penuh cabaran namun berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang
            membanggakan.


            Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan kelestarian
            sumber perikanan negara. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang perikanan yang
            lebih tegas serta program pemulihan habitat marin seperti terumbu karang dan melabuhkan
            tukun tiruan. Pada tahun 2023, sebanyak 58 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di 10 lokasi di
            Kedah, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Johor.
            Pada  tahun  2023,  Jabatan  Perikanan  Malaysia  telah  menerima  peruntukan  sebanyak
            RM253,701,044.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM259,449,731.49 (102.27%) telah
            dibelanjakan. Perbelanjaan ini merangkumi peruntukan mengurus sebanyak RM181,019,544.00
            dan peruntukan pembangunan sebanyak RM72,681,500.00.

            Jumlah pengeluaran perikanan mencatatkan sebanyak 1.79 juta tan metrik pada tahun 2023,
            iaitu  menurun  berbanding 1.89 juta tan metrik pada tahun 2022. Namun begitu, nilai
            pengeluaran  telah  meningkat kepada RM16.5 bilion berbanding RM15.9 bilion pada tahun
            sebelumnya. Perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat penurunan dari segi
            kuantiti pengeluaran, nilai keseluruhan pengeluaran perikanan tetap mencatatkan peningkatan.

            Tahun 2023 telah menyaksikan pengenalan teknologi baharu dalam sektor akuakultur, termasuk
            sistem akuaponik dan biofloc yang lebih mesra alam dan efisien. Teknologi ini bukan sahaja
            meningkatkan produktiviti, tetapi juga membantu mengurangkan kos operasi dan impak negatif
            terhadap alam sekitar.

            Sehingga kini, sebanyak 61 Marine Protected Areas (MPA) telah diwartakan secara rasmi di
            bawah Akta Perikanan 1985, meliputi kawasan seluas 3,764.33km². Kebanyakan MPA melindungi
            kawasan terumbu karang yang berfungsi sebagai ekosistem penting khususnya dalam menyokong
            kelangsungan sumber perikanan.

            Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
            semua yang terlibat. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan kejayaan yang
            berterusan.

                            Sekian, terima kasih.



                             (DATO’ HAJI  ADNAN BIN HUSSAIN)
                             Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
                             Putrajaya
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13