Page 93 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 93
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.4.2 Majlis Konvokesyen Pertanian Kali-11 Tahun 2023
16 Mac 2023
Setiap jabatan/agensi di bawah KPKM telah diberi tanggungjawab
untuk menguruskan penganjuran Majlis Konvokesyen Pertanian
Kali Ke-11 pada tahun 2023 yang diselaraskan bersama Bahagian
Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP). Majlis
ini telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium, Putrajaya
International Convention Centre (PICC).
Majlis Konvokesyen Pertanian adalah majlis yang diadakan
pada setiap tahun bagi meraikan para graduan yang telah
menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang pertanian
termasuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM) serta Sijil Pertanian, Sijil Perikanan dan
Sijil Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
Makanan (KPKM). Sebanyak 20 orang graduan Sijil Perikanan
telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2023.
10.4.3 Program Pra Persaraan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023
9 hingga 11 Mei 2023
Bahagian Pembangunan Modal Insan dengan urus setia
bersama dari PPN Kedah telah mengadakan Program Pra
Persaraan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023 di HiG
Hotel Langkawi, Kedah. Sebanyak 39 orang bakal pesara
dari pelbagai skim dan gred telah menghadiri program ini.
Program ini diadakan sebagai persediaan kakitangan awam
Jabatan yang bakal bersara. Antara pengisian program
termasuk taklimat mengenai pengurusan dokumen-dokumen
persaraan, faedah persaraan, implikasi tatatertib dan faedah
terbitan. Selain itu, taklimat psikologi turut diberikan tumpuan
sebagai persiapan mental dalam menghadapi hari selepas
bersara. Penceramah jemputan daripada Amanah Raya Malaysia
membentangkan taklimat berkaitan pengurusan harta pusaka
dan hibah.
91