Page 10 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 10

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            1.0   PROFIL JABATAN

            1.1   Visi dan Misi




                                                                            Misi

                                                              1.  Membangunkan industri  perikanan  yang
                                                                 dinamik  berpandukan  pasaran melalui
                                                                 pendekatan kreatif dan inovatif.
                                  Visi                        2.  Menguruskan  sumber perikanan  negara
                                                                 secara  efisien,  inovatif  dan  mesra  alam
                     Peneraju Transformasi Perikanan             berasaskan  maklumat  saintifik  dan  tadbir
                     Mampan dan Berdaya Saing                    urus yang rapi.
                                                              3.  Melonjakkan      sistem     penyampaian
                                                                 berteraskan modal insan yang berkemahiran,
                                                                 berpengetahuan dan profesional.


            1.2   Peranan


                   1   Jabatan Perikanan Malaysia               2  Industri perikanan merupakan salah
                                                                   satu bidang ekonomi utama di Malaysia
                       bertanggungjawab menguruskan
                       sumber perikanan negara secara              dan Jabatan Perikanan Malaysia selaku
                       efisien, inovatif dan mesra alam            peneraju industri perlu mempunyai ilmu
                       berasaskan kepada pengetahuan               teknikal yang meluas untuk menggalakkan
                       teknikal dan saintifik serta tadbir         penyertaan syarikat swasta, pelabur serta
                       urus yang profesional.                      kerjasama antarabangsa.




                   3  Tanggungjawab utama adalah bagi           4  Pengukuhan pelaksanaan Dasar
                                                                   Agromakanan Negara; bagi memastikan
                      meningkatkan bekalan ikan makanan
                      dan menjana pendapatan kumpulan              bekalan ikan yang mencukupi bagi
                                                                   memenuhi permintaan tempatan;
                      sasar dan menyumbang kepada                  meluaskan pasaran eksport produk
                      eksport negara.                              ikan; dan memulihara, mengurus serta
                                                                   menggunakan sumber secara
                                                                   mapan.



                   5   Kedaulatan makanan negara;               6  Sektor perikanan ditransformasikan
                       pengeluaran ikan makanan yang
                                                                   daripada ladang berskala kecil dan tidak
                       cukup memenuhi keperluan rakyat             bersistematik kepada industri yang
                       yang berhak mendapat makanan                tersusun, bersepadu dan kualiti hasil
                       pada kuantiti, kualiti dan harga            yang tinggi. Pengeluaran dari projek-projek
                       yang mampu. Pengeluaran yang                didorong oleh pasaran antarabangsa
                       bebas dari pergantungan kepada              dan produk akan ditambah nilai supaya
                       unsur luaran.                               menembusi pasaran premium.





           8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15