Page 62 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 62
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
7.0 INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN (IPP)
Pada tahun 2023, Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) telah menjalankan sebanyak 86 projek
penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah tujuh bidang penyelidikan utama dengan peruntukan
sejumlah RM42.17 juta. Sejumlah kecil dana R&D juga diperolehi daripada Kementerian Tenaga dan
Sumber Asli, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Japan International Research Centre for Agricultural
Sciences (JIRCAS).
7.1 Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
Tujuh program R&D utama adalah Akuakultur, Perikanan Tangkapan, Pentaksiran Impak Antropogenik,
Kesihatan Ikan, Taman Laut, Perikanan Darat dan Penyu dan Spesies Mamalia Marin Terancam.
Aktiviti penyelidikan akuakultur
Aktiviti penyelidikan ternakan kerang Aktiviti penyelidikan taman laut
60