Page 134 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 134
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
14.0 PEJABAT UNDANG-UNDANG
14.1 Rekod Kesalahan di Bawah Akta Perikanan 1985
Pada tahun 2023, Pejabat Undang-undang telah memproses sejumlah 952 kes tangkapan melibatkan
pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 393 kes
kompaun adalah melibatkan vesel penangkapan ikan tempatan yang menceroboh zon larangan,
melanggar syarat pelesenan dan kesalahan-kesalahan lain.
Manakala sebanyak 25 kes telah dikenakan tindakan gantung lesen selama tempoh dua bulan hingga
12 bulan berserta kompaun atas kesalahan seperti:
• Vesel pukat tunda menceroboh kawasan taman laut;
• Membawa kargo iaitu minyak diesel tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut; dan
• Vesel pukat tunda / kenka dua bot menceroboh kawasan kurang lima batu nautika dari pantai.
Sebanyak 436 kes melibatkan penyitaan vesel, peralatan menangkap ikan tanpa lesen, peralatan
menangkap ikan yang dilarang, kedamparan penyu dan mamalia akuatik, ikan larangan, pengambilan
anak atau benih kerang tanpa lesen dan lain-lain.
Selain itu, sebanyak 62 kes mahkamah telah didaftar melibatkan kesalahan yang serius seperti kes
penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa lesen, mengusahakan vesel penangkapan ikan tanpa
lesen dan kesalahan sama yang berulang bagi kali keempat.
Butiran lanjut berkaitan kes tangkapan bagi tahun 2023 ialah seperti berikut:
132