Page 12 - C:\Users\User\Documents\Flip PDF Professional\FAQ Loan\
P. 12
4 Berapakah kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman perumahan?
Kadar faedah yang dikenakan adalah 3.5% setahun berasaskan baki berkurangan
*KWSP berhak untuk meminda kadar tersebut dari semasa ke semasa
5 Berapakah jumlah kelayakan pinjaman perumahan untuk pemohon?
Gred Kelayakan
F & ke atas RM700,000
G4 - G6 RM400,000
G3 & ke bawah RM300,000
6 Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan?
Senarai semak bagi setiap dokumen yang perlu disediakan boleh didapati di Infoklik.
Pinjaman perumahan KWSP terbahagi kepada 6 jenis iaitu:
a) Membeli dengan sekaligus tanah dan rumah siap di atasnya
b) Membina rumah atas tanah sendiri/tanah yang dibeli melalui pinjaman KWSP
c) Membeli dengan sekaligus tanah dan rumah belum siap di atasnya/membeli
tanah dan mendirikan rumah di atasnya serentak
d) Membeli tanah daripada individu/syarikat
e) Menyelesaikan baki hutang pinjaman yang diambil daripada bank/institusi
kewangan
f) Mengubahsuai rumah
Senarai Semak
DOKUMEN
SOALAN LAZIM
1 Bagaimanakah cara memohon pinjaman perumahan?
a) Pemohon membuat semakan kelayakan pada bulan yang sama pinjaman ingin
dibuat
b) Membuat pelantikan peguam panel KWSP bagi tujuan penyempurnaan dokumen
c) Menyediakan dokumen dengan lengkap berdasarkan senarai semak yang telah
disediakan
d) Mengemukakan semua borang dan dokumen yang telah lengkap kepada Loan
Unit, PMD untuk tujuan semakan dan kelulusan
PEOPLE BENEFITS | PEOPLE MATTERS DEPARTMENT