Page 3 - Buku Kompendium JAS 2019
P. 3

PRAKATA / FOREWORD











             Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



             Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada
             Allah s.w.t atas kejayaan Jabatan Alam
             Sekitar (JAS) dalam menerbitkan               Buku
             Kompendium JAS Tahun 2019.



             Buku Kompendium JAS 2019 ini adalah himpunan segala maklumat
             mengenai aktiviti JAS yang telah dijalankan sehingga berakhir Disember
             2019. Maklumat seperti kualiti udara, kualiti air sungai, kualiti air marin
             dan pulau-pulau, kualiti air tanah dan pengurusan bahan berbahaya boleh
             didapati dalam buku Kompendium ini bagi tujuan kajian, rujukan atau

             pembelajaran.


             Penerbitan Kompendium merupakan salah satu inisiatif penting JAS bagi
             perkongsian maklumat dan pencapaian dalam pengurusan alam sekitar
             di Malaysia.      Adalah     diharapkan       agar    Kompendium         ini   dapat
             dimanfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh semua pihak.


             Sekian, terima kasih.


             “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”



             NORLIN BT JAAFAR
             Ketua Pengarah Alam Sekitar
   1   2   3   4   5   6   7   8