Page 3 - E-buletin Bil.1.2020_edited14052020_Neat
P. 3
PRAKATA
KETUA PENGARAH
JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun 2019 telah berlalu pergi, dan kini kita telah melangkah
ke suku kedua di tahun baru, tahun 2020. Walau
bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini bagi
mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua
warga Jabatan Alam Sekitar. Semoga tahun baru ini akan
menjadikan kita lebih berusaha dalam mencapai azam baru
dan lebih cemerlang dari tahun sebelumnya.
Dengan semangat baru yang masih menyala dan berkobar-
kobar ini, saya ingin menyeru supaya warga JAS akan terus
menyokong dan mendokong dasar-dasar kerajaan. Budaya
kesegeraan dan keberhasilan dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat perlu
diutamakan. Warga JAS perlu melaksanakan pembaharuan
yang berterusan di samping memastikan setiap tindakan
yang dilakukan menuju ke arah ‘zero defect’. Bersempena
dengan tahun baru ini juga, saya ingin mengingatkan
supaya kita sama-sama menjaga integriti sebagai penjawat
awam.
Saya sekali lagi mengharapkan agar kehadiran tahun baru
2020 ini akan menjadi pendorong kepada kita semua untuk
bekerja dengan lebih tekun dan gigih demi mencapai
kejayaan yang cemerlang.
Segala cabaran dan pengajaran tahun 2019 dijadikan
sebagai teladan, segala kebaikan dan kejayaan yang telah
kita cipta dijadikan sebagai panduan agar lebih banyak
kecemerlangan akan dapat dimanifestasikan.
“Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”
NORLIN BT JAAFAR
Ketua Pengarah Alam Sekitar