Page 6 - Bahaya Fitnah
P. 6
03
F I T N A H
D A L A M E R T I
M E L A Y U
Dalam masyarakat Melayu perkataan
fitnah memberi makna yang lebih
spesifik. Ia
hanya merujuk kepada sebarang
tuduhan yang diada-adakan untuk
memburukkan
atau membencanakan seseorang
atau sesuatu pihak yang membawa
kepada porak-
peranda. [Lihat: Kamus Dewan Edisi
Keempat] Berdasarkan takrifan ini,
hukum
fitnah jelas haram dan ditegah. Ini
kerana perbuatan fitnah dikecam
dengan keras
oleh Nabi SAW dalam hadith yang
diriwayatkan Huzaifah R.A:
م ﺎﻤ َ ﻧ ﺔ ﻨ َﺠﻟ ا ﻞ ُﺧﺪ َﻳ َﻻ
َ
ﱠ
ٌ
ﱠ
ْ
ُ
ْ
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu
domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]
.
Imam Nawawi berkata: Dalam riwayat yang lain disebut dengan kalimah 'تﺎﺘﻗ' Ia
juga memberi makna pemfitnah. Maksud nammam seperti kata ulama' ialah
memindahkan cakap manusia atau orang ramai dari seseorang kepada seseorang
untuk merosakkan hubungan mereka. al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah
berkata dalam Ihya'nya: Ketahuilah bahawa sifat fitnah diitlaqkan pada
kebanyakannya terhadap orang yang memindahkan kenyataan orang lain kepada
orang lain sepertimana dia berkata, 'si fulan berkata dan mengata kepada kamu
begian begian'. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/112)