Page 3 - Planner MRSM Balik Pulau 2021
P. 3
PROGRAM PERKEMBANGAN PELAJAR
Program Pembangunan Pelajar diadakan bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang berkembang secara
holistic melalui Pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah berdasarkan Nilai Teras MRSM iaitu Saintifik,
Independent, Kreatif, Amanah dan Patriotik. Program ini telah diatur sebagai satu usaha mewujudkan insan
yang kamil dan berpersonaliti dinamik. Antara program yang diadakan adalah;
PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
Kursus Penyesuaian Diri.
Kursus Kemahiran Komunikasi.
Kursus Adab.
Perkembangan Kerjaya.
Program Amal Islami.
Program Mini Ulul Albab (selain MRSM Ulul Albab).
PROGRAM PEMBANGUNAN HOMEROOM
Pelaksanaan Modul Homeroom kepada semua pelajar.
Konvensyen Homeroom MRSM Se-Malaysia.
Majlis Anugerah Homeroom.
PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR
Pelantikan Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS).
Program Kepimpinan Pelajar anjuran Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP).
Konvensyen Kepimpinan MRSM.
PROGRAM PEMBANGUNAN KESIHATAN
Program pencegahan (ceramah kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia).
Suntikan Imunisasi kepada pelajar mengikut keperluan umur seperti yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Pemeriksaan dan rawatan gigi.
KEBAJIKAN
Penyediaan Bantuan Kewangan kepada pelajar yang tidak berkemampuan (pengecualian bayaran wang
caruman dan pemberian wang saku).
Program Bantuan untuk Pendidikan (BUDI).
Pemberian bantuan kepada pelajar yang terlibat dengan kemalangan dan kematian.
KEDIAMAN ASRAMA DAN DEWAN SELERA
Setiap MRSM menyediakan asrama bagi semua pelajar.
Dewan Selera menyediakan makanan sebanyak lima kali sehari berdasarkan garis panduan yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
BADAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA MUAFAKAT
MUAFAKAT berperanan memberi sokongan kepada Sistem MRSM dari aspek cadangan
penambahbaikan, kewangan, kepakaran waris dan sebagainya.
Penglibatan aktif MUAFAKAT dalam Program Pembangunan Pelajar.
Aktiviti MUAFAKAT pada peringkat MRSM diselaraskan oleh MUAFAKAT Kebangsaan.
PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM ANSARA
ANSARA berperanan memberi sokongan kepada Sistem MRSM dari aspek pembinaan jaringan
hubungan antara MRSM dan bekas pelajar, perkongsian kepakaran kepada pelajar semasa, sumbangan
kewangan serta penyediaan kajian pengesanan pelajar MRSM.
Aktiviti ANSARA pada peringkat MRSM diselaraskan oleh ANSARA Kebangsaan.