Page 59 - Planner MRSM Balik Pulau 2021
P. 59
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN
PERALATAN ELEKTRONIK TELEFON PINTAR
1. Semua telefon pintar pelajar akan disimpan di PSP. Sekiranya terdapat telefon pintar
yang digunakan di asrama, tindakan RAMPAS akan dikenakan.
2. Guru perlu mengemukakan borang permohonan kepada Pengetua / Timbalan Pengetua
sebelum penggunaan telefon pintar oleh pelajar.
3. Borang permohonan yang telah diluluskan akan diberikan kepada pihak pusat sumber
pembelajaran (PSP) untuk proses pengeluaran telefon pintar.
4. Apabila selesai proses pembelajaran menggunakan telefon pintar, telefon pintar
tersebut perlu dihantar kembali ke PSP untuk disimpan.
5. Penggunaan telefon pintar di luar pantauan guru adalah DILARANG.
6. Semua jenis Tablet / Ipad / komputer riba dibenarkan penggunaan di asrama namun
pelajar mesti mematuhi masa penggunaan yang dibenarkan.
7. Penggunaan bank kuasa (Power Bank) TIDAK DIBENARKAN di MRSM Balik Pulau.
8. Pelajar yang melanggar peraturan penggunaan akan dihadapkan ke JDM / JDRM
mengikut peruntukan peraturan sedia ada dan berpandukan Panduan Pengurusan
Disiplin Pelajar MRSM.
9. Peraturan-peraturan penggunaan telefon pintar ini tertakluk kepada perubahan dari
semasa ke semasa.
10. Jadual penggunaan :
Jenis Alatan
Elektronik Hari Masa Penggunaan Kawasan Penggunaan
Isnin – Jumaat Sepanjang waktu akademik atau
Telefon Pintar *Permohonan di bawah pantauan guru Blok Akademik
dari guru.
Isnin - Jumaat 9.00 malam-10.20 malam
8.00 pagi-6.30 petang Medan keusahawanan /
Komputer Riba / Sabtu Mana – mana Kawasan yang
Tablet / Ipad 9.00 malam-10.20 malam dibenarkan oleh Pihak
Pengurusan Maktab
10.30 pagi-6.30 petang
Ahad
9.00 malam-10.20 malam
45