Page 22 - Solat Tarawih 8 Rakaat
P. 22
SEmbAHyANg SUNAt witir
i. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang sunat witir selepas sembayang
sunat tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat witir ini
ditunaikan secara berjemaah.
ii. Salam selepas dua rakaat yang pertama.
iii. Lafaz niat sembahyang sunat witir :
a) Bagi dua rakaat yang pertama :
(Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat makmum
kerana Allah Taala)
b) Bagi rakaat yang akhir:
(Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat
makmum kerana Allah Taala)
iv. Pada malam 16 hingga akhir bulan Ramadan disunatkan
membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah
dengan lafaz qunut sembahyang subuh.
35