Page 22 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 22
3.1.7 PENAIKTARAFAN SISTEM KEDAH MAP (K-MAP)
MENGGUNAKAN PERISIAN ARCGIS SERVER DAN ARCGIS
DESKTOP
i. Proses perolehan perisian ArcGIS Server dan ArcGIS
Desktop untuk penaiktarafan Sistem Kedah MAP (K-MAP)
sedang dalam peringkat pertimbangan kelulusan Lembaga
Perolehan Negeri Kedah.
ii. Kelulusan secara rundingan terus telah diperolehi daripada
Pegawai Kewangan Negeri Kedah melalui surat no rujukan
Bil(03)dlm.P.Kw.N(K)0190/JPBD/1-2021 bertarikh 15 April
2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga telah
dijalankan pada 26 April 2021.
iii. Penukaran nama Sistem K-MAP kepada nama yang lebih
sesuai masih dalam pertimbangan jabatan.
iv. Proses perolehan perisian Arcgis Server dan Arcgis Desktop
Kedah-Map telah selesai pada 24 Ogos 2021 yang lepas
manakala kerja-kerja penaikan taraf sistem masih dalam
pelantikan perunding dan akan selesai pada Disember 2021.
(Tindakan: PLANMalaysia@Kedah)
3.1.8 KESELAMATAN SIBER
Maklumbalas yang diterima dari jabatan/agensi:
1. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda memerlukan laporan
penuh/terperinci bagi perkara ini untuk diambil tindakan
sewajarnya. Peringatan berkaitan penggunaan ICT/internet
jabatan juga telah dibuat.
Muka surat: 22/29