Page 29 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 29
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 MESYUARAT ATAS TALIAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah
meluluskan peruntukan untuk pembelian peralatan bagi keperluan mesyuarat atas
talian. Untuk masa-masa hadapan mesyuarat akan banyak dilakukan di atas
talian sahaja. Ini bertujuan bagi penjimatan masa, makan minum dan
pengangkutan.
(Makluman)
9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Y.B Dato’ Paduka Pengerusi meminta kerjasama dan komitmen semua Ketua
Jabatan dan khususnya kepada wakil yang hadir pada mesyuarat kali ini agar
dapat menyampaikan isu dan keputusan mesyuarat kepada Ketua Jabatan
masing-masing untuk diambil tindakan dengan kadar segera.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang dengan ucapan terima kasih
oleh Y.B Dato’ Paduka Pengerusi kepada semua yang hadir.
Disediakan Oleh :
Urusetia JPICT Negeri
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah
Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
Fail : PSUK :04(-)/M02/40/1934 J6
Tarikh : 12 Oktober 2021
martina/minit mesyuarat JPICT Bil 2 Tahun 2021
Muka surat: 29/29