Page 7 - LAPORAN TAHUNAN KPPKB
P. 7

LAPORAN TAHUNAN KOPERASI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
                                    KELANTAN BERHAD (KPPKB) 2019 & 2020


               1.  Akta Koperasi 1993 ( Pindaan ) 2007

               Akta Koperasi  1993 (Pindaan) 2007 telah diwartakan  pada 19 Julai 2007 dan
               dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.  Mulai tarikh kuatkuasa Akta ini, Ketua Pendaftar
               Koperasi Malaysia akan diganti dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

               Objektif Suruhanjaya adalah untuk :

               a)  Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur
                   menurut nilai-nilai serta  prinsip-prinsip koperasi bagi  menyumbang kearah
                   pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;

               b)  Menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan;
                   dan

               c)  Mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.

               Penubuhan,  objektif, kuasa dan  fungsi Suruhanjaya  Koperasi adalah terkandung
               dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.

               Selain daripada pindaan penubuhan  SKM,  Akta Koperasi  1993 ( Pindaan ) 2007
               melibatkan sebanyak 86 pindaan yang lain termasuk :

               a)  Mengenakan penalti  yang lebih  berat di atas seorang pegawai koperasi  atau
                   koperasi.

               b)  Suruhanjaya Koperasi Malaysia boleh minta koperasi menyimpan wang dari Akaun
                   Kumpulan Wang Rizab Berkanun bagi operasi atau pelaburan ke dalam Akaun
                   Deposit Koperasi yang dikendalikan oleh SKM.

               c)  Jawatankuasa Audit Dalaman akan dilantik oleh Anggota Lembaga.

               d)  “Pandangan-pandangan Ketua Pendaftar yang disebutkan dalam subseksyen (2)
                   tentang akaun-akaun dan kunci kira-kira Koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau
                   subsidiarinya, jika ada” [Seksyen 59(e)] dimansuhkan.

               e)  Larangan mengemukakan dirinya sebagai suatu koperasi dan juga larangan atas
                   penggunaan perkataan “ koperasi ” (Seksyen 10A & 10B).
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12