Page 6 - MANASIK Al Khairi Travel
P. 6
KATA-KATA
PENGANTAR
lhamdulillah diiringi nikmat Islam, Iman dan
Ihsan yang kita kecapi hari ini, kita masih diberi
A peluang menghirup udara segar pemberian-nya
untuk terus menyembah Tuhan yang Maha Esa dan
melaksanakan tanggungjawab seorang mukmin sehingga
hari pembalasan.
Buku yang sedang anda pegang ini merupakan
ringkasan Manasik Umrah yang diajarkan oleh Junjun-
gan Besar Nabi S.A.W. berdalilkan nas-nas yang sahih
diterbitkan dalam bentuk mesra poket dengan intipati
tersusun rujukan para jemaah semasa menjalankan
ibadah Umrah di Tanah Suci.
Penerbit naskhah ini, Al Khairi Travel merupakan
syarikat yang mengelola jemaah Haji dan Umrah yang
berprinsip meneladani manasik Umrah mengikut Sunnah
Baginda S.A.W. disertakan gambaran menyeluruh untuk
kefahaman para jemaah.
1