Page 8 - Buletin Sidang 20 Februari 2022
P. 8
REFLEKSI DIRI
(Sumber: Buku panduan doa & puasa SIB Sabah 2021):
Teguran yang nyata dapat membantu dan membina kehidupan diri sendiri
dan orang lain. Tetapi kasih yang terpendam tidak menghasilkan apa-apa.
Dibandingkan dengan kasih yang tersembunyi, teguran yang nyata lebih baik.
BERDOALAH
1. Mintalah hati yang rela ditegur dan mohonlah keberanian untuk
memberi teguran yang membina.
2. Doakan pemimpin Kristian mahu pun menteri yang beragama Kristian
agar diberi keberanian dan hikmat dalam menyuarakan teguran
kepada kerajaan dalam isu ketidakadilan, rasuah, penggubahan wang
haram dan penyalahgunaan kuasa.
PERKARA LAIN
3. Doakan agar kluster-kluster Covid-19 berkurang. Masyarakat ada
hikmat dan disiplin menjaga SOP di mana saja berada untuk mengelak
jangkitan baru terjadi. Doakan juga persiapan memasuki fasa 'Endemik'.
4. Doakan proses renovasi gereja. Semua yang terlibat melaksanakan
renovasi ini diberi kekuatan dan kesihatan daripada Tuhan.
5. Mesyuarat Agung Unit-Unit Pelayanan; PMM (26.02.22), PW (27.02.22),
PKK (05.03.22) dan P.WIRA (06.03.22).
8/10