Page 26 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 26
24
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA
18
NO. CALON
DR. MOHD HANIZAN BIN ZALAZILAH
B.K.M.
Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara
Malaysia. Beliau telah mendapat Pingat Kebesaran Bintang Khidmat Masyarakat Kedah.
Beliau memulakan kerjaya di Universiti Utara Malaysia sebagai Pensyarah Kanan (1991 - 2020). Kemudian
beliau menjadi Pengurus Pentadbiran dan Pemasaran di PACE (Anak syarikat Universiti Utara Malaysia)
selama 6 bulan dan beliau bekerja di Koko Malaysia Sdn Bhd sebagai Pengurus Pentadbiran selama 3 tahun.
Beliau juga terlibat dengan aktiviti luar sebagai Panel Penilai Program Business di Syarikat Lembaga Akreditasi
Negara. Kemudian beliau juga aktif menjadi Panel Tribunal Lantikan Menteri di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha di Koperasi Siswa Universiti Utara Malaysia (2010 - kini),
Pengerusi Koperasi Sukarelawan Kedah Berhad (2023 - kini), Penasihat Antarabangsa kepada Koperasi
Muslim Kemboja Berhad (2009 - kini), Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad (2000 - kini) dan Timbalan
Pengerusi Jabatan Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah (2010 - 2020).