Page 18 - Ebook EPT Flip
P. 18
Injap Tiub Turun
Injap tiub turun berfungsi untuk mengeluarkan pemendapan keladak dan mengekalkan
kepekatan bahan kimia pada tahap yang ditetapkan.
Pam Suapan
Pam suapan dandang bertindak meningkatkan tekanan air suapan untuk dialirkan ke dalam
dandang dan dipamkan melalui pam air suapan tekanan tinggi. Tekanannya adalah kira –
kira 2600 psi (179 bar) untuk dandang bertekanan 2400 psi (165).
Injap Penahan Stim Utama
Menghentikan kemasukan aliran stim dari pemanas lamapu dari dandang ke turbin secara
pantas.
Injap Sehala
Injap sehala dikenali sebagai injap cegahbalik (non-return valve). Ia berfungsi
membenarkan air mengalir dalam satu jurusan sahaja maka mencegah cecair dari mengalir
balik. Ia digunakan untuk mengawal bekalan air suapan dan mengekalkan aras air di dalam
dandang. Injap sehala dipasang berdekatan dengan ‘boiler shell’ dan aliran paip suapan.
Palam Boleh Lebur
Palam boleh lebur dipasang pada kemuncak rongga pembakaran bagi dandang tiub api. Ia
diperbuat daripada aloi yang mempunyai titik lebur rendah. Jika air dalam dandang jatuh
dibawah paras air rendah, palam ini akan melebur dan membentuk lubang. Seterusnya air
akan mengalir melalui lubang yang terbentuk untuk memadamkan api.
Pemutus Aras Air Rendah
Salah satu alat keselamatan yang penting di dalam dandang adalah low water cut-off . Alat
ini dapat mengesan jika aras air di dalam dandang jatuh di bawah aras yang telah ditetapkan.
Apabila keadaan ini berlaku, alat ini akan memutuskan alat kawalan nyalaan api dan
menutup operasi dandang serta merta. Tanpa pengfungsian yang sempurna pada alat ini
akan menyebabkan alat kawalan nyalaan api meneruskan pembakaran sehingga ke tahap
bahaya. Ini menyebabkan bencana seperti letupan, dan kebakaran.
13