Page 6 - Ebook EPT Flip
P. 6

1.0      PENGENALAN


               Kebanyakan loji penjanaan elektrik menggunakan loji kuasa stim yang dapat menukarkan
               tenaga haba hasil daripada pembakaran bahan api kepada tenaga elektrik dalam jumlah yang
               besar. Air paling sesuai digunakan sebagai bendalir kerja disebabkan ia mudah diperolehi di
               permukaan bumi serta selamat digunakan. Ia juga mempunyai nilai entalpi yang tinggi
               semasa proses penjanaan stim berlaku. Tenaga untuk menukarkan air kepada stim diperolehi

               daripada pembakaran bahan api. Bahan api yang lazim digunakan di Malaysia adalah arang
               batu, gas asli dan minyak.
































                                            Rajah 1.1: Loji Kuasa Stim Mudah


               Loji  Kuasa  Stim  mempunyai  beberapa  peralatan  utama  seperti  dandang,  turbin  stim,
               pemeluwap dan pam air suapan. Alatan tambahan yang diperlukan dalam sistem loji ini
               adalah seperti tangki bekal, pam bekal, menara penyejuk dan penjana elektrik sekiranya loji

               ini  digunakan  sebagai  penjana  kuasa.  Dengan adanya  alat-alat  ini  maka  perjalanan  atau
               kendalian loji tersebut lebih sempurna.”
                                                                                     (oleh Isa bin Kasim)










                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11