Page 2 - 2021KJ2 Kertas Kerja Merdeka Panitia Sejarah
P. 2

1.  PENGENALAN

               Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bakal disambut hujung bulan ini, akan menggunakan
        teknologi tinggi bersesuaian dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard
        (SOP) yang ketat, susulan pandemik COVID-19.Sambutan tersebut adalah berkonsepkan dalam
        talian  iaitu  segala  acara  dan  majlis  dilakukan  secara  maya  yang  berbentuk  interaktif  dan
        berteknologi tinggi.SK Ketengah Jaya II akan meneruskan  sambutan Hari Kebangsaan meskipun
        negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, kerana hari tersebut merupakan tarikh keramat
        buat  rakyat  Malaysia  dan  faktor  keselamatan  sentiasa  dititikberatkan.Tema  'Malaysia  Prihatin',
        dipilih  sekali  lagi  sama  seperti  tahun  lepas,  kerana  Malaysia  masih  dalam  perjuangan
        memerdekakan  diri  dari  pandemik  COVID-19."Malaysia  Prihatin  membawa  pengertian  bahawa
        seluruh  rakyat  Malaysia  turut  bersama-sama  dengan  kerajaan  memerangi  COVID-19.  Barisan
        Jawatankuasa Perayaan Segaya turut menyeru orang ramai untuk memeriahkan sambutan Bulan
        Kebangsaan  dan  Kibar  Jalur  Gemilang  dengan  mengibarkan  Jalur  Gemilang  di  kediaman  dan
        kenderaan masing-masing, selain menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan.

        2. MATLAMAT

               Matlamat  utama  penganjuran  aktiviti  bersempena  sambutan  kemerdekaan  adalah  bagi
        memupuk  semangat  sayangkan  negara  di  kalangan  murid-murid  dan  guru-  guru  Sekolah
        Kebangsaan Ketengah Jaya II. Selain itu dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang
        konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
        meraih kemerdekaan. Dengan itu, dengan inisiatif Panitia Sejarah mengadakan  pertandingan yang
        dianjurkan  di  peringkat  sekolah,  dapat  mencungkil  bakat  terpendam  murid-murid  Sekolah
        Kebangsaan Ketengah Jaya II secara menyeluruh. Guru-guru juga dapat mengenalpasti potensi
        murid  yang  mampu  mengharumkan  nama  baik  sekolah  di  peringkat  yang  lebih  tinggi  seperti
        pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

        3. RASIONAL

               Oleh yang demikian, satu program khas telah dirancang dengan melibatkan pelbagai
        aktiviti yang berbentuk pertandingan dan penyertaan patriotik dijalankan dalam usaha untuk
        menyemai dan menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara sejak 64 tahun
        yang lalu  Disamping itu dapat menambah minat murid dalam ‘hands on’ dan ‘minds on’ serta
        menambah minat murid dalam pdpr secara maya.


        4. OBJEKTIF

        1. Memupuk jiwa patriotic semangat sayangkan negara dalam kalangan murid-murid disamping

            menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

        2. Menyemai semangat menghargai dan memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara yang
        dikecapi.

        3. Menyemai nilai kesyukuran dalam diri murid-murid.

        4. Dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru, saling bekerjasama dan

        berdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap arahan yang
        diberi.
   1   2   3   4   5   6   7