Page 3 - BULETIN KUMPULAN 1- PENDIDIKAN
P. 3
10 POLITEKNIK MALAYSIA BERJAYA
MENERIMA AKREDITASI EMAS
APPACC
Pada bulan Jun 2020, sepuluh (10) buah Politeknik
Malaysia Berjaya memperolehi pengiktirafan dan
pensijilan akreditasi daripada Asia
Pacific Accreditation Certificate Commission
(APACC). Perkara ini
membanggakan seluruh warga Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) secara langsung
di mana inisatif yang telah diambil oleh KPT
terbukti daripada akreditasi ini.
Akreditasi ini merupakan pengiktirafan yang
diberikan berdasarkan tujuh (7) elemen yang perlu
dipenuhi dan dicapai oleh institusi
pengajian tinggi iaitu, Tadbir Urus dan Pengurusan,
Pengajaran dan
Pembelajaran, Pengurusan Sumber Manusia,
Penyelidikan dan Pembangunan, Imej dan
Kelestarian, Sumber Pendidikan dan Khidmat
Sokongan Pelajar. Pada masa yang
sama, peristiwa yang lebih membanggakan lagi
adalah Sembilan (9) buah
Politeknik menduduki dalam kedudukan sepuluh
(10) terbaik tangga teratas
daripada 26 institusi negara anggota yang
memperolehi Anugerah Emas.
Secara dasarnya, pengiktirafan antarabangsa APACC
ini telah membuktikan Politeknik Malaysia mampu
berdaya saing sehingga ke
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa
dan juga sebagai penanda aras kecemerlangan
institusi aliran Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau
Asia Pasifik dari perspektif
kualiti, kebertanggungjawaban dan kepercayaan
awam terhadap Politeknik
Malaysia.