Page 23 - tmp_Neat
P. 23

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
                                                                                 KPM



                                                         Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan hari ini telah
                                                       menyampaikan ucaptama di Majlis Perhimpunan Bulanan
                                                        sulungnya bersama warga kerja Kementerian Pendidikan
                                                          Malaysia dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian.
                                                             Dalam ucapan beliau, turut menyentuh tentang
                                                       pengorbanan, usaha, tindakan dan kesetiaan dalam apa jua
                                                                       kita lakukan demi negara.

                                                          “Saya ingin warga Kementerian Pendidikan Malaysia
                                                       memahami bahawa apa yang kita lakukan ketika ini bukan
                                                        untuk kita sendiri tetapi untuk anak kita, untuk cucu kita
                                                      dan untuk generasi masa hadapan pewaris negara”, ujarnya

                                                       Hadir sama YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri
                                                          Pendidikan I, YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan
                                                       Menteri Pendidikan II, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd
                                                         Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBrs. Dr. Habibah Abdul
                                                               Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26