Page 4 - tmp_Neat
P. 4
Secara langsung, pensijilan daripada APACC ini dapat menunjukkan Malaysia memiliki
kelompok institusi yang berkualiti tinggi dan menyaksikan inisiatif
mengarusperdanaa aliran TVET. Ini merupakan usaha dominan bagi memastikan
politeknik memiliki kelompok bakat yang berkemahiran tinggi. APACC merupakan
agensi akreditasi di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC) yang
memiliki beribu pejabat di Manila, Filipina yang selaras dengan kewujudan
Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 yang meliberalisasikan pasaran serantau ASEAN.
APACC yang ditubuhkan di Seoul, Korea Selatan pada Disember 2004 yang dianggotai
oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik. Prinsip asas inisiatif akreditasi dan
pensijilan APACC adalah bertujuan untuk mengharmoni kualiti pendidkan TVET,
mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang dipelajari di institusi TVET,
disamping memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia Pasifik.