Page 10 - Buletin Sidang 06 Mac 2022
P. 10
10/16
REFLEKSI DIRI:
(Sumber: Buku panduan doa & puasa SIB Sabah 2021):
Ujilah diri anda: Apakah saya betul-betul hidup berdasarkan kepada Kristus? Apakah
saya masih di dalam Kristus atau sudah keluar dari ajaran Kristus? Mari awasi diri
kita dan juga pengajaran kita!
BERDOALAH:
1. Bertaubatlah dan mohon ampun kepada Tuhan. Jangan berbuat dosa lagi.
2. Doakan mereka yang sudah jauh dari Tuhan agar mereka bertaubat kembali
dan mengikut Yesus Kristus dengan setia dan penuh pengabdian.
PERKARA DOA LAIN:
3. Hikmat kepada para pemimpin negara Malaysia dalam menangani pelbagai
isu termasuk isu-isu berkaitan pentadbiran, politik, vaksin dll.
4. Krisis yang berlaku antara Rusia & Ukraine.
5. Mereka yang bakal mendapatkan vaksin/booster terutama kanak-kanak dan
remaja agar tidak merasa takut dan tidak alami kesan sampingan yang teruk
setelah divaksin.
6. Mesyuarat Agung WIRA pada hari ini, 06.03.22, pukul 12.30 tengahari.
7. Mesyuarat Agung Sidang pada 03 April 2022.
8. Orang-orang sakit.