Page 13 - Polisi pendigitalan bahan
P. 13

Bagaimana muatnaik bahan didalam UMT-IR

               kakitangan dan pelajar Univesiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh memuatnaik bahan
               digital di dalam UMT-IR. Keterangan lanjut mengenai jenis bahan yang sesuai Polisi Koleksi
               Bahan.


               Sebelum memuatnaik bahan anda perlu memastikan:-
                      Pengarang bertanggungjawab untuk memuatnaik bahan mereka sendiri
                      Sekiranya anda adalah kakitangan UMT dan telah dilantik sebagai pemuatnaik bahan,
                      makluman  secara  rasmi  hendaklah  dibuat  kepada  pentadbir  UMT-IR  bagi
                      membolehkan anda memuatnaik bahan
                      Sekiranya  anda  adalah  pengguna  luar,  kelayakan  bagi  memuatnaik  bahan  hanya
                      dibenarkan  sekiranya  telah  mendapat  kebenaran  daripada  pihak  Pengurusan
                      Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah


               Selepas  anda  mendaftar  dan  diluluskan  sebagai    pemuatnaik  bahan,  anda
               hendaklah:-

                      Log in masuk ke akaun UMT-IR anda.
                      Pilih " Submission"
                      Pilih “start a new submission”
                      Pilih koleksi bahan yang mana anda ingin muatnaik.  Senarai koleksi yang anda dapat
                      lihat adalah bergantung kepada kelayakan pemuatnaik bahan.
                      Lengkapkan  borang  yang  disediakan.    Kebolehcapaian  bahan  bergantung  kepada
                      maklumat yang diisi.
                      Memuatnaik fail anda dan berikan huraian sekiranya perlu.
                      Membuat tambahan fail sekiranya bahan lebih daripada satu fail.
                      Klik butang “Next” dan  Sila semak huraian maklumat bahan yang diberi.  Kemaskini
                      maklumat sekiranya perlu
                      Klik "Next" sekiranya tiada perubahan maklumat.
                      Anda  perlu  bersetuju  dengan  polisi  muatnaik  bahan  yang  dipaparkan  bagi
                      melengkapkan proses.


               Makluman


               Bahan  akan  dihantar  kepada  editor  untuk  proses  semakan  dan  kelulusan.    Anda  akan
               menerima  satu  mesej  makluman  melalui  email  yang  menjelaskan  bagaimana  untuk
               mengakses dan merujuk kepada bahan yang anda muatnaik.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18