Page 19 - E-MAJALAH STRES PEMICU KEMUDARATAN
P. 19

Stres  merupakan  fitrah  dalam  kehidupan  manusia.  Setiap


                               individu  berpotensi  untuk  menghadapi  stres  serta


                               kebanyakan orang akan berasa tertekan pada masa tertentu.


                               Stres  yang  dialami  oleh  seseorang  individu  merupakan



                               tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani


                               masalah  yang  sedang  dihadapi.  Sekiranya  tekanan  atau


                               stress  ini  tidak  ditangani,  akan  memudaratkan  individu



                               tersebut  baik  daripada  aspek  fizikal,  mental,  emosi


                               mahupun aktiviti sosial mereka.Kegagalan mengawal stres


                               boleh  mendatangkan  kesan  yang  buruk  kepada  seseorang


                               individu  seperti  mengalami  masalah  kesihatan  mental



                               (depresi)  yang  boleh  menjurus  kepada  berlakunya  sesuatu


                               yang                    tidak                   diingini                         seperti                      bunuh                      diri.                 Walau


                               bagaimanapun, tekanan boleh diatasi menerusi pengurusan



                               yang  efektif  bagi  membentuk  kekuatan  diri  dari  segi


                               mental,  emosi,  rohani,  fizikal,  motivasi,  nilai  sahsiah  dan


                               semangat  seseorang  individu  sebagaimana  acuan  yang



                               dikehendaki oleh agama dan negara. Oleh yang demikian,


                               yakinlah  setiap  masalah  ada  jalan  penyelesaian  dengan


                               syarat tabah meghadapi segala ujian. Di sebalik ketabahan



                               menghadapi  tekanan  itu,  individu  tersebut  masih


                               memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih


                               rasional  seperti  ibu  bapa  sebagai  sumber  sokongan  untuk


                                 menghadapi  stres.  Sesungguhnya,  dengan  ketabahan  dan



                               keimanan yang kukuh dapat membantu menghadapi semua


                               tekanan dengan mudah.


















                                                                                           SUMBER RUJUKAN :



                                                http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/



                                        https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1124-bayan-



                                          linnas-siri-74-tekanan-hidup-yang-membawa-bunuh-diri-



                                                                                  hukum-dan-penyelesaiannya



                                https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653217/siasat



                                           -dakwaan-pelajar-bunuh-diri-akibat-tekanan-di-sekolah







                                                                                                                                                                                                                                    14
   14   15   16   17   18   19