Page 2 - SOALAN PEPERIKSAAN UJAN PENILAIAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK BERWARAN - (Penghulu) GRED 29
P. 2
SULIT
BAHAGIAN A [60 MARKAH]
Jawab semua soalan.
1. Anda baru sahaja melapor diri bertugas. Dua bulan akan datang anda akan
melangsungkan pernikahan. Anda perlu memohon cuti daripada Ketua Jabatan.
Sebagai seorang pegawai awam, apakah cuti yang anda layak dapat dan
bagaimana carakah anda memohonnya. [20 markah]
2. Anda tidak hadir bekerja selama 5 hari berturut - turut kerana anda
melangsungkan pernikahan. Anda juga tidak memohon cuti dari Ketua Jabatan.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada anda dan
bagaimana pula tindakan anda untuk mengelak tindakan tatatertib. [20 markah]
3. Anda telah diarahkan untuk melaksanakan satu projek bernilai
RM19,900.00. Projek pembekalan ini dikehendaki siap dalam masa tiga minggu.
Terangkan tindakan yang perlu anda lakukan. [20 markah]
1