Page 19 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1
P. 19
PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2021
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2021
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
1. Aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan diadakan secara bersemuka sepanjang PKP. Walau
bagaimanapun, aktiviti kokurikulum diteruskan secara talian yang melibatkan kehadiran,
penglibatan, dan pencapaian pelajar diambil kira sebagai pemarkahan dalam PAJSK pelajar untuk
kemasukan ke IPTA.
2. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara online ini dipantau oleh Penyelaras Unit Kokurikulum
KTEP.
3. Selain itu, pelajar juga digalakkan mengambil bahagian pertandingan secara online yang dianjurkan
oleh pihak luar yang diberi pengiktirafan oleh KPM.
4. Bagi tahun 2021, tumpuan diberikan dengan menaiktaraf prasarana kokurikulum yang agak usang
dan uzur di sekitar KTEP. Beberapa prasarana telah ditambah baik di KTEP sebagai persediaan untuk
aktiviti kokurikulum yang akan diadakan secara bersemuka kelak.
1. PEMBINAAN DAN PEMBAIKPULIH PRASARANA KOKURIKULUM
Pembaik pulih Gelanggang Bola Tampar Gelanggang Bola Jaring
Gelanggang Bola Keranjang
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1 19