Page 6 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1
P. 6
MAKLUMAT KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
MOTO KOLEJ
~ ILMU SEPANJANG HAYAT ~
LOGO KOLEJ
Inspirasi logo kolej adalah dengan menggabungkan ketiga-tiga logo SMK Batu 8, SMK Puchong dan
SMK Pusat Bandar Puchong. Penciptaan logo ini bersepadu dengan aspek yang diperlukan demi
menghasilkan satu logo yang berbentuk mudah tetapi penuh bermakna.
MAKSUD LOGO
Logo ini berbentuk bulat yang dihasilkan daripada tiga orang berpegangan tangan. Idea ini
membawa maksud Kerjasama ketiga-tiga pihak sekolah menubuhkan kolej ini serta melambangkan
Kerjasama antara pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa pada masa akan datang.
Merah mewakili SMK Batu 8, Biru tua mewakili SMK Puchong dan biru muda mewakili SMK Pusat
Bandar Puchong.Warna emas merupakan warna tema kolej dan melambangkan kemakmuran dari
segi ilmu pengetahuan serta pencapaian akademik di tangan dengan berusaha menuntut ilmu.
OBOR
Obor melambangkan pencerahan dalam perkembangan minda dan ilmu seseorang dengan
mencerahkan kegelapan untuk mendapatkan ilmu melalui pembelajaran, pemerhatian, pengajaran
dan inovasi.
RODA SAWAT
Roda sawat melambangkan produktiviti dan kerajinan yang membawa kepada kejayaan pada masa
akan datang. Roda sawat juga melambangkan Kerjasama yang diperlukan demi menghasilkan
sesuatu yang lebih besar dan setiap roda sawat penting demi fungsi suatu organisasi yang besar.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1 6