Page 4 - Manual Pengurusan SKDB 23/24
P. 4
AMANAT
GURU BESAR
SK Desa Baiduri akan mengintegrasikan mata pelajaran sains, matematik,
kejuruteraan dan teknologi (STEM) untuk mengaplikasikan kemahiran abad
ke-21 dan kemahiran mereka bentuk (KMR). Kurikulum STEM menggabungkan
keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on
serta memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan dalam bilik
darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Justeru, semua guru
seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada
kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran
pendidikan dalam abad ke-21. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi,
usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen
yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu
mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama
dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".
Tahniah dan syabas kepada semua Guru Penolong Kanan, guru, staf,
murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah
kecemerlangan sekolah. Selari dengan PPPM 2013 – 2025, seluruh warga
sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen
terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja
dalam profesion yang kita ceburi ini. Marilah kita memohon petunjuk
daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan
ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaan-Nya jua. Akhir kata,
selamat bertugas kepada semua guru dan staf. Teruskan usaha gigih kita agar
SK Desa Baiduri terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi
kebanggaan kita bersama. SKDB HEBAT!
Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"
Salam hormat daripada saya,
NOR ZAKIAH BINTI MOHD SARIF
Guru Besar, SK Desa Baiduri,
Cheras, Selangor