Page 4 - Manual Pengurusan Sekolah Desa Baiduri 23/24
        P. 4
     AMANAT
                                                                                                            GURU BESAR
                       SK Desa Baiduri akan mengintegrasikan mata pelajaran sains, matematik,
                  kejuruteraan  dan  teknologi  (STEM)  untuk  mengaplikasikan  kemahiran  abad
                  ke-21 dan kemahiran mereka bentuk (KMR). Kurikulum STEM menggabungkan
                  keempat-empat  disiplin  tersebut  dan  menggalakkan  pengalaman  hands-on
                  serta  memberi  peluang  kepada  murid  untuk  mengaplikasikan  dalam  bilik
                  darjah  pengetahuan  “dunia  sebenar”  yang  relevan.  Justeru,  semua  guru
                  seharusnya                       melakukan                      transformasi                       dan            penambahbaikan                                kepada
                  kemahiran  dan  potensi  diri  yang  sedia  ada  bagi  menghadapi  cabaran
                  pendidikan  dalam  abad  ke-21.  Saya  sangat  yakin  bahawa  dengan  dedikasi,
                  usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen
                  yang  tinggi  di  kalangan  semua  guru  serta  warga  sekolah,  kita  mampu
                  mengharungi  persaingan  yang  mencabar  kini  dan  dalam  masa  yang  sama
                  dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".
                                  Tahniah  dan  syabas  kepada  semua  Guru  Penolong  Kanan,  guru,  staf,
                  murid,  PIBG  dan  ibu  bapa  yang  memberikan  sumbangan  ke  arah
                  kecemerlangan  sekolah.  Selari  dengan  PPPM  2013  –  2025,  seluruh  warga
                  sekolah  perlu  bekerja  sebagai  satu  pasukan  dan  memberikan  komitmen
                  terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang
                  membuahkan  kejayaan  dan  kecemerlangan  memberi  satu  kepuasan  kerja
                  dalam  profesion  yang  kita  ceburi  ini.  Marilah  kita  memohon  petunjuk
                  daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan
                  ini  diberkati  serta  mendapat  kejayaan  dan  keredaan-Nya  jua.  Akhir  kata,
                  selamat bertugas kepada semua guru dan staf. Teruskan usaha gigih kita agar
                  SK  Desa  Baiduri  terus  cemerlang  dalam  pelbagai  bidang  serta  menjadi
                  kebanggaan kita bersama. SKDB HEBAT!
                  Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.
                  “MALAYSIA MADANI”
                  "BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"
                  Salam hormat daripada saya,
                  NOR ZAKIAH BINTI MOHD SARIF
                  Guru Besar, SK Desa Baiduri,
                  Cheras, Selangor





