Page 2 - JOM Tadarrus Al-Quran SMKTS
P. 2
Menjelang kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2020 Masihi
bersamaan 1441 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang
mukmin yang merindui Ramadhan. Alhamdulillah, seluruh umat Islam di
Malaysia mula menjalani ibadah berpuasa di Ramadhan pada hari ini.
Tentu sekali puasa kali ini amat berbeza berbanding tahun sebelumnya dek
kerana Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Ramadhan tahun ini
merupakan pengalaman kali pertama kita berpuasa dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kita semua terpaksa menjalani
ibadah ini di rumah dan melaksanakan segala aktiviti sepanjang Ramadhan
bersama keluarga.
Allah telah menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk kita meningkatkan
ketawaan kepada-Nya dan ganjaran berlipat ganda selain berazam untuk
memenuhi puasa dan meningkatkan kualiti ibadah wajib seperti solat kita
juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memenuhi masa terluang
dengan bertadarrus Al-Quran.
Dengan ini, Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam menganjurkan ‘JOM
Tadarrus Al-Quran – 1 Juz 1 Hari’ di rumah bersama keluarga. Semoga
dengan amalan kita ini memperoleh keberkatan dan ganjaran pahala yang
besar daripada Allah SWT.