Page 3 - LAMPIRAN AKRONIM DALAM KAJIAN TINDAKAN 2019
P. 3

3. TASLIM


               Taslim  diasaskan oleh Haji Muhammad bin  Syafie atau lebih  dikenali  dengan  panggilan Haji
               Muhammad  Matahari  pada  tahun  1870-an  di  Kampung  Seronok  Bayan  Lepas,  pulau  Pinang.
               Ajaran  ini  merupakan  ajaran  sesat  yang  paling  tua  di  Malaysia.Ajaran  taslim  mempunyai
               persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailliyyah Batiniyyah.

               CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN TASLIM.

               1. Beriktikad bahawa diri barin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad.

               2. Beriktikad bahawa alam bersifat Qadim.

               3. Mentafsir ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu.

               4. Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin.

               5. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka.
               6. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li.

               7. Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

               AKTIVITI.

               1. Lawatan kepusat pemulihan akidah.

               2. Membuat peta minda yang menunjukkan perbezaan antara ajaran Qadyani, Bahai danTaslim.

               3. Mencari maklumat tentang kegiatan ajaran sesat melalui laman web JAKIM.

               TAMADUN.
               Kita wajib berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan memberi kerjasama kepada
               pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM, Jabatan Agama dan Kementerian Dalam Negeri
               untuk membanteras ajaran sesat.

               PENGHAYATAN.

               1. Setiap muslim wajib menuntut ilmu fardhu ain untuk memantapkan akidah serta mengelakkan
               daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

               2.  Pelaksanaan  rukun-rukun  Islam  menurutcara  yang  digariskan  oleh  al-Quran  dan  al-Sunnah
               adalah benteng yang kukuh untuk menangkis ajaran sesat.

               3. Kita wajib memupuk rasa kasih saying sesame kita untuk membentuk umat yang kuat dan
               disegani

               ASAS: HAMUMATA- PP

               TAFSIR QURAN NAFSU
               SOLAT NIAT

               HARUS PENZINAAN
               MAKSUM
   1   2   3   4