Page 2 - Minit Mesyuarat 2020_2 OK
P. 2
5.2 Modul tingkatan lain terpulang kepada guru mata pelajaran, modul berbentuk buku kerja
boleh digunakan sebagai bahan rujukan untuk menyediakan modul.
5.3 Guru-guru akan diberikan peruntukan PCG seperti berikut untuk menyediakan modul
PKPP.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam
Agenda 6: E-RPH
6.1 Peringatan mesra untuk semua guru bahawa E-RPH mesti hantar pada hari Jumaat setiap
minggu .
6.2 E-RPH untuk Tingkatan 5 boleh menaip dengan ubahsuai catatan PKP iaitu mesti
membuat tambahan elemen objektif, aktiviti, dan refleksi.
6.3 Tingkatan lain masih boleh menggunakan template catatan PKP.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Moral
Agenda 7: Semakan Dan Kemas Kini Program Panitia
7.1 Setelah perbincangan, program yang diubahsuai dan akan dikekalkan ialah Latih Tubi
Soalan Kertas 1 & 2 Berbentuk Modul, Program 5 Minit Ayat Hafazan. Program yang
akan dibatalkan ialah Program Kelas Tambahan dan Kem Pecutan SPM. Akan tetapi
sekiranya pihak KPM mengubahsuai SOP, maka kedua-dua program masih akan
diteruskan.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam
Agenda 8: Kaedah Penyelesaian Membantu Murid-Murid Yang Tercicir
8.1 Pandu lalu (modul, bahan edaran dan sebagainya boleh masuk dalam drawer storage
yang disediakan oleh pihak sekolah)
8.2 Guru juga digalakkan menghantar atau mengutip latihan dari murid dengan menetapkan
satu tempat yang bersesuaian agar menyenangkan murid yang tidak berkenderaan untuk
datang ke sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam
Agenda 9: Hal-hal Lain
9.1 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) perlu dilakukan oleh semua guru mata pelajaran kerana
pelaporannya perlu dihantar kepada setiausaha PBD pada akhir tahun.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(HAMIMAH AZIZ) (HALIMATON BT ABDUL HAMID)
Ketua Panitia Pendidikan Islam Ketua Bidang Kemanusiaan