Page 3 - MODUL FIQH TAWAF HAJI MODUL
P. 3
NOTA IBADAH TAWAF
1.MAKSUD TAWAF
Mengelilingi Kaabah 7 pusingan
Bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama.
Menurut syarat-syarat tertentu
2 SYARAT-SYARAT SAH TAWAF IALAH:
1. Suci daripada hadas dan najis
2. Menutup aurat (seperti aurat dalam sembahyang).
3. Cukup 7 kali pusingan.
4. Dimulai dari sudut Hajar Al-Aswad dan diakhiri disitu juga.
5. Hendaklah dijadikan Baitullah (Kaabah) pada sebelah kiri setiap kali pusingan.
6. Tawaf dikerjakan diluar Baitullah.
7. Tawaf dikerjakan di dalam masjid.
8. Semua badan orang yang tawaf itu berada di luar Baitullah.
9. Berjalan kearah hadapan , tidak mengundur dan tidak mengiring.
3 JENIS-JENIS TAWAF
3.1. Tawaf Qudum
tawaf qudum ialah tawaf selamat datang yg disunatkan bagi mereka yang mengerjakan haji
ifrad dan haji qiran atau sekadar menziarahi makkah. sunat dilakukan tawaf qudum setibanya
di makkah dan harus dilewatkan sehingga sebelum berwukuf.
3.2. Tawaf Umrah
tawaf umrah ialah tawaf rukun yg mesti dilakukan orang yang mengerjakan umrah, sekiranya
tidak dilakukan, tidak sah umrahnya.
3.3. Tawaf Haji
tawaf haji ialah tawaf rukun yg mesti dilakukan oleh jemaah haji setelah masuk waktunya
(bermula selepas separuh malam 10 zulhijjah) sekiranya tidak dilakukan samada sengaja atau
tidak, maka tidak sempurnalah hajinya. ia juga dikenali dengan nama tawaf ifadah
3.4. Tawaf Tahiyat al Bait
tawaf tahiyat al bait ialah tawaf yg sunat dilakukan begi menghormati kaabah sewaktu
memasuki masjidil haram, mengantikan sunat tahiyatul masjid
3.5. Tawaf Sunat
tawaf sunat yg boleh dilakukan pad bila2 masa
3.6. Tawaf Nazar
tawaf yg mesti dilakukan seseorg apabila ia berniat nazar pada sesuatu yg dihajatinya
3.7. Tawaf Wada'
tawaf selamat tinggal yg wajib dilakukan bagi mereka yg hendak meninggalkan makkah lebih
2 marhala (lebih kurang 56 batu atau 91 km) atau lebih
4.Makruh Tawaf Tetapi Tidak Batal
3 | M O D U L P D P R P E N D I S L A M T I N G 4 S M K M A T A N G J U N 2 0 2 1