Page 1 - Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama Tahun 2020
P. 1
Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama Tahun 2020
Tarikh: 21 Januari 2020 (Selasa)
Masa: 2.40 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Matang
Kehadiran:
1. Cik Halimaton Bt Abdul Hamid
2. Ustazah Hamimah Aziz
3. Ustazah Sanisah Sarmun
4. Ustaz Ahmadan Ghazali
Agenda 1: Ucapan Pengerusi
Cik Halimaton mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam ke mesyuarat
panitia kali pertama bagi tahun 2020.
Agenda 2: Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia bil 4/2019
2.1 Membentangkan minit mesyuarat kali keempat 2019.
Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh Ustazah Hamimah dan disokong oleh Ustazah
Sanisah.
Agenda 3: Perkara Berbangkit
Tiada
Agenda 4: Dasar Kurikulum Sekolah 2020
4.1 Fokus akademik 2020 :
a) Melepasi tahap penguasaan minimum
b) Meningkatkan peratus layak mendapat sijil SPM
4.2 Fokus khas : Pembelajaran kelas abad ke-21(PAK21). Semua kelas wajib melaksanakan
PdPc abad ke-21.
4.3 Penekanan kepada 3 proses di bilik darjah yang saling berkaitan : Kurikulum, Pedagogi
dan Pentaksiran.
4.4 Fokus bilik darjah : PdPc, PBD dan PLC.
Meningkatkan kualiti PdPc guru dengan membudayakan PLC.
4.5 Kehadiran murid ke sekolah ditetapkan > 95% setiap hari dan kesediaan murid dalam
kelas ditekankan (mematuhi adab belajar).
4.6 Semua pendidik wajib bertindak lebih agresif dan professional dalam tindakan masing-
masing.
4.7 PDCA ( Plan – Do – Check – Action ) diamalkan.
4.8 PdPc perlu dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan. (Rujuk buku pengurusan
dan pentadbiran sekolah )
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam
Agenda 5: Pelaksanaan Subject Based Classroom (SBC)
5.1 Setiap guru dipertanggungjawab untuk melengkapkan bilik SBC masing-masing ikut
kreativiti dan berasaskan kelas PAK21.
5.2 Pelajar bergerak ke kelas SBC ikut jadual yang ditetapkan.
1