Page 54 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 54

Langkah-langkah pengurusan kewangan



                 Wujudkan pelan simpanan                          Rancang kewangan dengan teliti



                                                                                          Wujudkan pelan
                                    Pastikan setiap kali                                    perbelanjaan
                                      menerima gaji,
                                                                                         peribadi khas yang
                                    simpan sekurang-                                   meliputi perbelanjaan
                                      kurangnya 10%                                      harian, mingguan,
                                       daripada gaji                                    bulanan sehinggalah
                                   sebelum berbelanja.                                      perbelanjaan
                                                                                              tahunan.


                 Minimumkan perbelanjaan                            Cari pendapatan sampingan


                                    Mengapa tidak anda                                    Adakah anda pakar
                                      membawa bekal                                     dalam bidang masakan,
                                     sahaja ke pejabat?                                   pembuatan kek atau
                                   Apabila perbelanjaan                                 menjahit? Mengapa tidak
                                     dikurangkan, maka
                                    wang lebihan untuk                                       anda gunakan
                                       disimpan akan                                       kemahiran anda itu
                                     bertambah setiap                                     sebagai pendapatan
                                           bulan.                                             sampingan?


                            Menderma                                Elakkan diri daripada berhutang
                                                                     dan menggunakan kad kredit

                                    Tahukah anda dengan                                     Perkara ini wajib
                                   menderma, Tuhan akan                                   dilakukan oleh anda
                                   mencukupkan keperluan                                 terutamanya jika anda
                                   kita malahan rezeki yang                             seorang yang boros dan
                                     diterima bertambah                                  tidak pandai mengawal
                                        berkat apabila                                       perbelanjaan.
                                        dikongsikan.


                 Senaraikan dahulu barangan                                     Menabung
                       yang hendak dibeli

                                                                                        “Sikit-sikit lama-lama jadi
                                     Jangan lupa untuk                                  bukit”. Walaupun sedikit,
                                   melakukannya supaya                                     simpanlah secara
                                   anda tidak berbelanja                                    konsisten. Hasil
                                   barangan yang kurang                                   tabungan anda boleh
                                          penting.                                       digunakan ketika anda
                                                                                          menghadapi situasi
                                                                                              kecemasan.




               Mesej utama                 Jadikan rumah kediaman sebagai tempat yang selamat, penuh
                                           dengan kasih sayang dan terancang keperluan kewangannya.



               Soalan kuiz                 Persekitaran yang sejahtera dapat menjamin keharmonian
                                           keluarga dan masyarakat. Benar atau tidak?


                                           1. Persekitaran bersih dan sihat tanggungjawab kita. Bahagian
                                             Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
                  Rujukan                  2. Panduan ke arah keluarga sihat. Bahagian Pendidikan Kesihatan,

                                             Kementerian Kesihatan Malaysia
                                           3. Portal MyHealth KKM Pengurusan Kewangan Keluarga - PORTAL
                                             MyHEALTH
                                                                                                                    50
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59