Page 10 - BAB 3 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
P. 10
Pembiasan Angin
Tekanan udara dan pergerakan angin memang berkait rapat. Udara yang bergerak dari zon tekanan
udara tinggi ke zon tekanan udara rendah menghasilkan sistem angin dunia.
Pergerakan angin terbias ke kanan di hemisfera utara, manakala di hemisfera selatan pula pergerakan
angin terbias ke kiri. Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis.
Di hemisfera utara, pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi subtropika menuju ke doldrum
(tropika) terbias ke kanan sebagai angin Timuran Utara.
Pergerakan angin yang menghala ke kawasan tekanan rendah sub kutub pula terbias menjadi angin
Baratan Utara. Angin dari kawasan tekanan tinggi kutub pula terbias menjadi angin Timuran Kutub.
Di hemisfera selatan, angin-angin terbias ke kiri menjadi angin Timuran Selatan, angin Baratan Selatan
dan angin Baratan Kutub. Angin-angin ini diberi nama mengikut punca arahnya, iaitu timur atau barat.