Page 18 - MAJALAH IMAN
P. 18
Punca-punca menyebabkan
gejala sosial
Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial
mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan
kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang
itu menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman
manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong.
Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari
pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak
dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara
kebenaran dan kebatilan.
Pengaruh Rakan-Rakan
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan
seseorang melibatkan dalam kancah masksiat kerana kesilapan
bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan
seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan
penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya
diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat
memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng
sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah
dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan
masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan
sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang
melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan
kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya
dikesan.
IMAN 17