Page 13 - IMAN FOLIO
P. 13
D)Pergaulan Bebas
Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas, narkoba,
kehidupan malam. Memang istilah
ini diadaptasi dari budaya barat
dimana orang bebasuntuk
melakukan hal-hal diatas tanpa takut
menyalahi norma- norma yang ada
dalam masyarakat. Pada masakini,
penyimpangan dan masalah
seksual, khusus di kalangan remaja
semakin
membimbangkan. Pergeseran
kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan
masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.
Kesan Pergaulan Bebas
a) Menyuburkan Penzinaan dengan pergaulan bebas ini akan
menyebabkan berikutnya zina kerana pergaulan yang bebas
akan mewujudkan cara mudah untuk mempiaskan nafsu
syahwat.
b) Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan
hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja
yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru
dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah,
tepi longkang dan sebagainya.
c) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
IMAN 12