Page 19 - IMAN FOLIO
P. 19

Pengaruh Media Massa









         Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa
             memainkan peranan yang sangat penting di dalam
          mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan
        tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media
         cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut
          menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan
         personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung
         kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh
       mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama
        ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama
         di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa
           yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.










                                                         Institusi Kekeluargaan













                                                         Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting
                                                           untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup
                                                               tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih
                                                         berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan
                                                        bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai
                                                         atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa
                                                       yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk
                                                        menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk
                                                        meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami
                                                        oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun
                                                          sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan
                                                           kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi
                                                                  dengan pengorbanan masa bekerja.








                                                                                                     IMAN 18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24